Alamak, terlebih sudah!

Wednesday, May 19, 2010

Dari formspring.me/Ekstensial

Bukak2 tengok formspring tadi tengok ada beberapa soalan menarik. Pastu dan2 je ada orang tnya ni.

bakpo gedo x dok awek?
8 hours ago

biar gua jawab soalan ni. soalan lain tu kita biar orang lain yang uruskan.

1st aku nak translate soalan tersebut. maksudnya kenapa gedo xde awek. gedo di sini menunjukkan aku (maafkan aku jika aku terperasan) tapi aku xtau pula dak2 ekstensial ada orang lain dipanggil gedo. awek mungkin membawa erti perempuan yakni bukan lelaki mahupun khunsa yakni seorang kekasih.

aku pun xtau kenapa curious sangat pasal awek ni. seorang rakan pernah menyebut,

"Jodoh pertemuan tu ketentuan tuhan"

so kalau nak kita analisa ayat tersebut, perkara yang berbangkit di sini di mana aku masih tidak ada awek berkaitan penuh dengan jodoh. maka hendaklah aku di sini menyatakan mungkin jodoh belum sampai. mungkin tak ada yang berkenan dengan empunya diri.

ada terlintas di fikiran aku, buat apa ada awek. begini situasinya. kalo kapel la kan, da kapel bertahun2 tapi bila satu hari salah seorang dari pasangan tu, tidak kira lelaki atau perempuan, tiba2 beliau rasa dah taknak ada hubungan dengan pasangan beliau. lalu beliau ingin menghentikan perhubungan tersebut. maksud aku kat sini clash la. so aku nak tanya korang apa yang boleh dilakukan oleh pasangan beliau?

dan jawapan aku adalah pasangan beliau xleh buat apa2 selain menerima keputusan tersebut. ok lah kalau abis2 boleh buat pun pujuk balik. tapi kalau dah beliau dah nekad dengan keputusan beliau, xleh wat apa2 gak.

so instead of kapel aku ada cadangan lebih bagus. apa kata kawen terus. kita ada undang2 islam dalam bab kawen ni. kita ada tanggungjawab lebih besar daripada nak pentingkan diri sendiri. dan lebih banyak benda yang perlu diambil kira sekiranya betul2 nekad untuk berpisah. so peluang untuk bersama lagi lebih cerah.

p/s: jangan risau aku takkan kawen dalam masa terdekat. sape tak setuju dengan pendapat di atas sila angkat tangan. dan aku tak kisah. peace :)

2 comments:

melor said...

eh aku ingatkan gedo ada awek

Arif Dzulkifli said...

xde,dia single..kalu cik meloriang nk gak,bleh ar try slow2..die pn bmnat tu..dok ajak aku suh ajak mum tbik g mapley mnum2..hahaha

Related Posts with Thumbnails