Alamak, terlebih sudah!

Wednesday, April 28, 2010

Bila mereka sudah bersuara

"Bukan kau sekali dengan si A ke? asal dia dah abis ko xabis lg?"

"Aku dengar Lan tu da dapat keje, kau bila nk abis stadi?"

"Rasanya da 5tahun kau kt UTP kn, asl lama sangat?"

"Eh, ad lagi kau kat sini, watpe, smbung master ke"


bila bunyi sumbang ini sudah berkumandang di telinga anda, maka sedari lah anda seorang budak eksten.

tapi jangan gelabah ye, jangan malu, jangan segan. tidak salah untuk sekadar merepeat 2 3 paper. sekurang2nya anda lebih berjaya dari yang sudah give up. setidak2nya anda masih di landasan yang betul.

saya rasa penyakit eksten ini boleh diwarisi. jika anda adalah salah seorang budak2 yang eksten maka bertanya lah kepada kedua ibu bapa sama ada mereka pernah repeat masa tadika ke, sekolah rendah, menengah, even universiti.

tapi ingin ditegaskan tolong jangan tnya mereka pasal matrikulasi. sebab anda bangang kalo mengajukan soalan tersebut. zaman2 mereka mana la ada matrik bagai ni. jangan buat gila.

saya bukan apa, sekadar ingin mengkaji sama ada benda ni boleh diwarisi ke tidak. dalam kes saya sendiri, ayah saya tak pernah eksten kot. tapi xtau la xsempat tanya, beliau dah tido lebih kurang 16 tahun dah. tapi kalau xsilap abang saya pernah eksten. mungkin saya mewarisi benda ni dari beliau.

apa nilai2 murni yang ingin diterapkan dalam entri ni adalah walaupun anda terlewat sedikit dari yang lain namun jangan risau. biar lambat asal habis. teruskan perjuangan.

sesungguhnya ramai lagi yang senasib dengan anda.


pesanan: sape tau macam mana nak add widget untuk nk play mp3 yang dimuat naik dari komputer sendiri? sila beri cadangan

Tuesday, April 27, 2010

LELONG

mai singgah..

sotong kering cangkoi..

lembut saja..

haiiyaa.. (tribute to yen)

I was looking for an empty space to park my car at Bangsar when suddenly there's a knock on the glass

"Encik ah..tanya sikit ah..itu Chimpeng mana ah..?"

"Apa?"

"Chimpeng, Chimpeng...saya sudah tanya itu guard ah.. dia ckaap sini ada satu Chimpeng...."

"Sorrylah Apek. Saya tak tau woh...Apa tempat itu Chimpeng?"

"Aiyah...itu Chimpeng balu punya..Saya mau pigi angkat wang la..."

"Tarak tau la boss. Itu kedai ka apa?Along ka?"

"Chimpeng bukan kedai ma..lu itu pun tak tau ah..? itu Chimpeng macam itu Maypeng, Public Peng, RHetB Peng...itu balu punya Peng.."

Adoi...bengap punya apek..buat aku pening je..dia actually cari CIMB Bank ..

jangan pining2 suma olang aa..hihi

Monday, April 26, 2010

Formspring

Sekarang musim formspring, tapi dah nak abis season bak kata ekstensial. dak2 ekstensial sume ada benda alah ni kecuali kema ngan azim. tak tau la kalo azim senyap2 buat tak bagitau member2.


nak dijadikan cerita, ada seorang ahli ekstensial yang paling tua ni, bila tau dak2 lain dah ada formspring, trus gelabah nak ada jugak. kitorg pun ajar dia cane nak buat jadah ni. punya semangat nak isi detail. tiba2 terdengar satu keluhan,


"Tokleh guno nick ni, keno tukar"


kami pun mencadangkan nick lain. so last2 diterima gak sebagai seorang lagi yang jakun untuk main soal menyoal. so kami pun biar la dia dengan dunia formspring dia. ingatkan dah setel rupa2nya,


"Bakpo xleh lojin (read: log in) formspring aku ni"


Maka terdengar suara2 sumbang mengutuk kesyaitanan.


"Hahahaha, xleh lojin ko? Log in la gilo buke lojin"


sampai hari ni manusia tersebut tidak mempunyai akaun formspring. sila ambil pengajaran, sebarang typo amatlah berbahaya dilakukan bila berhadapan ekstensialan.

note: akaun formspring dak2 ni
ketong
yorke
jijo
gedo

TAHUKAH ANDA? (II)

walaupun kami baru setahun jagung bergelumang dalam dunia berblogging ni, tapi nama Ekstensial Sial sudah menjadi sebutan ramai. termasuklah artis, dalam dan luar negara!

tak percaya? saksikan!





Friday, April 23, 2010

TAHUKAH ANDA?

di antara geng-geng Ekstensial Sial, hanya;

jijo yang tak berhenti-henti cakap pasal awek dia.
ketong yang tak pernah layan series orang putih.
kema yang tak kurus-kurus.
yorke yang tak pandai main snuker.
azim yang tak pernah join event kembara.
gedo yang tak ada awek buat masa ni.

Wednesday, April 21, 2010

3 in 1

Salam..

3 benda yg aku rasa mmg takkan lari dari hidup..
keluarga, kerja, dan agama..
kawan2 kte da boleh masukkan sebagai keluarga..
3 ni ape yang aku terfikir la..
mungkin ade lagi...
aku rasa kte kene ade 1 benda untuk satukan 3 benda ni..
TANGGUNGJAWAB..

boleh ke org hidup tanpa keluarga??
ni aku tak sure sgt..
kalo takde keluarga pon still ade kawan..
kawan tu kre keluarga la..
kene ade keluarga kot baru lengkap..

boleh ke org hidup tanpa kerja??
boleh tu boleh..tapi masin la skit sbb org lain nak kene keje nak sara die..
ade org cakap org kat dalam hutan tak kerja ok je hidup..
sape kate diorg tak keje..
diorg still kene cari makan..
cabut daun kayu tu kre kerja la..
kene ade kerja kot baru lengkap..

boleh ke org hidup tanpa agama??
yg ni aku tau boleh..
tapi ciri2 org org bertamadun kene ade agama..
bagi aku kalo ade keluarga sebesar mana pon..
kerja setinggi mana pon..
kalo takde agama tak kemana..
sbb last2 kte akan tetap kembali kepada-Nya..

semua ni just ape yg datang dari benak aku..
tapi kalo ade sape2 terbaca entri ni n rasa ade lagi yg sepatut nye, bagi la komen..

hidup biar enjoy..
tanggungjawab jgn lupe..

bak kate William James..
"The great use of life is to spend it for something that will outlast it"

notakaki: doakan aku dapat keje cepat..tenkiu2..

Tuesday, April 20, 2010

MEET THE TITANS

JIJO -> the life-philosopher

YORKE -> the story-teller

KEMA -> the out-speaker

KETONG -> the heart-breaker

AZIM -> the sleeping-partner

GEDO -> the sexual-harasser

Saturday, April 17, 2010

CINTA ITU BUTA (III)

setelah mempertimbangkan segala pilihan yang ada, setelah mendengarkan pendapat sahabat-sahabat, kaum keluarga serta bekas-bekas kekasih, akhirnya aku tetapkan pendirian. aku pilih Humaira. (sila rujuk entri CINTA ITU BUTA (II))

dan ternyata pilihan aku tepat. Humaira juga rupa-rupanya memang menaruh perasaan terhadapku selama ini. aku gembira. lamaranku buat kali pertama itu diterima bulat-bulat tanpa perlu bersusah-susah. tak perlu untuk berkenalan dengan lebih dalam ke pegi 2nd stage interview ke apa kejadah semua. katanya biarlah kami mengenali diri masing-masing semasa dalam perhubungan saja.

dalam masa seminggu saja, hubungan kami sudah menjadi sangat rapat. serapat isi dengan kuku, serapat aur dengan tebing, serapat lalat dengan perangkapnya. hari tu aku beli perangkap lalat, banyak gila yang kena. padan muka. alamak, lari topik. maafkan aku.

sambung balik. kami memang begitu rapat, sedaya upaya mengenali hati budi masing-masing. katanya dia sangat sukakan cara aku yang berlemah lembut, tidak berkasar, bajet cute dan sebagainya. katanya itulah ciri-ciri lelaki idamannya selama ini. aku sangat bertuah kerana berjaya memenangi cintanya.

namun, hari yang aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam. giler bak. pasang kipas speed 5 pun tak rasa apa-apa. namun gerimis datang jua. aku perasan tingkah lakunya akhir-akhir ini sangat mencurigakan. perasaan sayang dia terhadap aku juga aku dapat rasakan sudah semakin berkurang.

adakah dia sudah tidak sukakan aku? adakah dia sudah mempunyai cinta hati yang lain? kalau betul la sangkaan aku, katakanlah dengan jujur. aku tidak rela ditipu sedemikian rupa.

dan ya, sangkaan aku benar. pada suatu hari, aku telah menerima satu SMS daripadanya.

"my dear. maafkan saya sebab terpaksa berterus-terang. sebenarnya saya sudah tawar hati dengan awak. dan saya juga telah menemui cinta baru saya."

aku tergamam. namun dengan muka rilek aku membalas SMS nya bagi menanyakan kenapa dia sanggup memperlakukan aku sedemikian rupa. apa salah aku? lalu dia menjawab..

"sebenarnya ini bukan salah awak. awak baik, lemah lembut, comel. tapi saya sudah menemui seorang lelaki yang lebih baik daripada awak. mungkin ini salah saya tapi bab hati dan perasaan ni kita tak boleh paksa. kan awak kan?"

ya, betul. aku memang tak boleh mempertikaikan lagi fakta itu. tapi aku tetap tak berpuas hati. aku nak tau jugak siapakah lelaki yang dia kata lebih baik daripada aku tu. aku minta dia perkenalkan pada aku. siapa nama dia? macam mana rupa dia?

"nama dia Tengku Iskandar Syah Putera."

perh, nama dia. kalau berdasarkan nama ni je, aku tau memang aku tak mampu kalahkan kelebihan lelaki tu untuk mendapatkan balik cinta Humaira. dia mesti seorang yang kaya, kacak, gagah perkasa. aku pasrah.

tiba-tiba handphone ku berbunyi.

1 MMS received

....loading....


"awak, ni la Iskandar yang saya cakapkan tu. maafkan saya, awak!"

ok, sekarang aku dah betul-betul pasrah. aku memang bukan tandingan dia. dia memang lagi lemah LEMBUT dan COMEL daripada aku, CONFIRM! semoga kau bahagia dengan si dia!

Thursday, April 15, 2010

Cintan Cintun

salam..

esk nak g manjat gunung liang..
last aku naik gunung mase xpdc V2 dl..
lame gak la..
kompem pancit la nnt ni...

tak tau nak tulis ape gak ni..
tapi jari jemari semakin hari semakin gagah nak menekan papan kekunci..
tambahan pula rindu yg teramat sangat kat sayang saye Eni Sudarni..
biase la hidup ngn cinta ni mmg wujud sekali..

Vector Hugo ade berkata
"Life is the flower for which love is the honey"

Leo Buscaglia juga berkata
"Love is life. And if you miss love, you miss life"

adehh..
entri cinta2 ni la buat aku jd lagi rindu kat Eni Sudarni..
makin hari makin rindu..
sayang plak bertambah tambah..
doakan kami sentiasa bahagia sampai akhir hayat..
aminn..

CINTAI LAH PADA YANG ESA



notakaki : kepada rakan2 se-blog..jgn marah aku buat entri jiwang2..I love u all to0..

Wednesday, April 14, 2010

CAIR ke CAE?

salam..

aku ade test CAE esk..
doakan aku boleh buat sebaik mungkin..
aminnn..

SAYA PEMINAT SETIA SHEILA ON 7, JADI SILA PANGGIL SAYA DUTA!

Jam menunjukkan tepat pukul 3.03 pagi. Mata sudah mengantuk. Tapi hati masih belum mahu mengalah. Ulangkaji mesti diteruskan. Kenapa? Sebab petang ni ada test. Tapi pagi nanti ada kelas. Ah, sudah! Mampus!

Sambil menelaah pelajaran, semua koleksi lagu daripada kumpulan Sheila On 7 diperdengarkan bagi menyedapkan halwa telinga, bagi menguatkan semangat, bagi menemani hari-hari yang semakin dingin. Tiba-tiba pemain audio winamp yang aku tetapkan dalam mode 'shuffle' ini memutarkan satu lagu yang bagiku adalah salah satu lagu terbaik hasil karya kumpulan ini.


SAHABAT SEJATI

ya, untuk semua sahabat-sahabatku di Ekstensial Sial khususnya dan yang lain-lain umumnya, aku tujukan khas lagu ini untuk kamu semua.


Sahabat sejatiku, hilangkah dari ingatanmu
Di hari kita saling berbagi
Dengan kotak sejuta mimpi, aku datang menghampirimu
Kuperlihatkan semua hartaku

Kita slalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah
Aku raja kau pun raja
AKU HITAM kau pun hitam
Arti teman lebih dari sekedar materi

Pegang pundakku, jangan pernah lepaskan
Bila ku mulai lelah, lelah dan tak bersinar
Remas sayapku, jangan pernah lepaskan
Bila ku ingin terbang, terbang meninggalkanmu

Ku slalu membanggakanmu, kau pun slalu menyanjungku
Aku dan kamu darah abadi
Demi bermain bersama, kita duakan segalanya
Merdeka kita, kita merdeka

Tak pernah kita pikirkan
Ujung perjalanan ini
Tak usah kita pikirkan
Ujung perjalanan ini



p/s: aku hitam, kau pun hitam? ye ke?

Tuesday, April 13, 2010

You Guy Just More Than Meet The Eye

Hai, hello selamat siang.....

Tajuk nak english, tulis dalam bahasa je. Tajuk entri mesti nak gempak baru stylo walaupun tulisan hanya trash talk.
Sebenarnya aku pun tengah tidak dikurniakan idea untuk menulis, cuma tiba2 seru datang untuk itu.
Menulis pun nak kena ada seru, korang ingat suka hati kitorang ke nak tulis benda2 dalam belog ni.



Adalah sorang kenalan kitorang ni, Rahman bukan nama sebenar. Tengah duk lepak2 berbual keluar idea bernas dari beliau.

"Korang tulis la benda yang korang nak cakap dalam blog korang. Kitorang update, keep track gitew", kata beliau dengan nada gay habis.

Bai, lu ingat senang ke nak tulis apa benda yang ada kat dalam kepala otak ni. Tulis ngan cakap tak sama. They never gonna be the same bak kate orang putih. Menulis, bercakap adalah dua juzuk berbeza. Kalo setakat cakap we all can go all night long. Menulis 5minit pun belum tentu. Ntah2 xsampai sminit da klimaks terus pancut.



At least kalo berbual, akan ada orang kat depan sambung ap yang dibualkan. Dan ia akan mencambahkan lagi minda korang untuk meneruskan perbualan.

Kalo menulis ni, korang duk sorang2 pastu kena pikir sendiri semua idea untuk sambung hasil nukilan. Kadang2 sampai bercakap sorang diri macam dah gila.
Rasa2, mana lagi susah. Haaa, jawab jangan tak jawab.




Anak anjing anak babi,
Same keji belajar menyelam,
Kalo anda bijak bestari,
Kain apa ada tongkat di dalam.

camane nak buat taman??

salam..

tak tau nak tulis ape sbnr nye ni..
tapi jari ni mcm gagah2 skit nak menaip..
tulis je ape yg nak tulis..


"pakcik teksi" atau name lain "driver teksi"..
mase aku intern dl aku slalu balik keje nek teksi..
sepanjang 8 bulan aku intern ade gak la aku nek teksi yg same..
pastu ade sorg pakcik ni slalu je aku ternaik teksi die..


sebagai sorg permuda yang berwibawa aku try la cari idea nak borak ngan pakcik ni..
aku dengan pantas membuka perbualan dengan satu soalan maut kat pak pakcik ni..
"pakcik2, pakcik rasa mane hala tuju hidup??
aku tny pakcik tu sbb die muka cam terer je..
ala2 manager colgate palmolive la skit2..

pakcik tu simple je jawab soalan aku..
"hala tuju hidup ni mati"..
camtu je die jawab soalan bernas aku..

aku rasa betol jgk pakcik ni cakap..
tapi aku rasa celah2 antara hidup dgn mati tu biar la ade bunga skit..
baru cantik hidup ni..

bak kate Ralph Waldo Emerson
"It is not length of life, but depth of life"
kalo hidup tak lame pon takpe..
tapi biar la hidup ni berbunga dan cantik..

pandai2 la tanam bunga..
biar jadi taman yang cantik..
moga2 hidup tak sia2..
tanam lah bunga bahagia..
doakan kebahagian semua..
aminnn...

Monday, April 12, 2010

REALITI ATAU KONSPIRASI?

Nur Liana. kisah seorang gadis lawa yang pernah aku paparkan dalam entri aku sebelum ini. lawakan? aku tau, bayangan wajahnya juga kini telah menjadi igauan korang semua, menjadi dambaan setiap insan yang menatapnya.

eh, silap. tu intro untuk entri CINTA ITU BUTA (II) aku hari tu.

ya, nur liana. baru seminggu lebih aku menyiarkan entri pasal beliau kat sini. dan hari ini, sewaktu aku sedang kebosanan melayari web-web pendidikan dan ilmiah, tiba-tiba email aku berbunyi, "you've got one new email". ok, yang ada bunyi tu tak payah percaya.

aku pun bukak la email aku tu. ya, ada satu friend request nak jadi member aku kat facebook. korang tau sape?


hah! amik ko. NUR LIYANA! tinggal terlebih huruf "Y" je.

tapi sape nur liyana ni? adakah 'seorang gadis yang lawa' seperti yang aku tunjuk dalam entri hari tu? dalam profile picture beliau dekat email aku tu hanya menunjukkan gambar yang bertulis FRIENDS FOREVER. tiba-tiba dada ku berdebar.

sape nak kenakan aku ni? sial je kan budak-budak ni. ke NUR LIANA aku tu yang betul-betul add aku ni? haa, sudah. namun dalam ke'blurr'an itu, aku tetap gagahkan hati. aku klik approve.


tanpa membuang masa, aku terus ke profile beliau. aku usha info pasal dia.

mutual friends: TIADA
umur: TIADA
tempat belajar: TIADA


haa. sudah!

ok, next step. tengok gambar. mintak-mintak la jangan kuar gambar yang bukan-bukan, gambar yang aku tunjuk hari tu ke. kalu kuar gambar yang tu, kompem aku tak nak maen facebook lagi dah! ok, kuatkan semangat.

View Photos of Nur (48). klik!

dup dap dup dap dup dap.


....... loading .......



fuhhh! lega hati aku. seb baek tak keluar gambar yang tu, kuar gambar orang. LAWA pulak tu!

Sunday, April 11, 2010

Barua

Sudah lama tidak berjumpa kalian di alam maya. Bukan sombong bukan bongkak juga bukan malas menulis, cuma gua xde masa. Buat apa sampai xde masa? itu biar gua dan pencipta je yang tau. Tolong jangan tanya ap yang membusykan diri gua. Gua cakap jangan, jangan lah. Hish tak paham2!!!


Yela2 gua cerita apa yang sibuk sangat. Yang kesatu, gua banyak membuat assignment seperti untuk subjek SOM gua. Banyak gila kot gua buat. Sampai rakan2 serumah pelik gila gua jadi rajin. Yang kedua, gua banyak kelas. Hari2 gua pergi kelas, kalo tak caya tanya makcik ALZAAR yang selalu tegur gua bila setiap pagi gua melangkah ke alam pembelajaran. Yang keempat, sebagai seorang pelajar well-rounded gua selalu pergi bersukan. Arakian pada sebelah malamnya waktu tido gua menjadi semakin awal seraya menyebabkan gua takde masa nak melayan sangat blog budak2 tahun akhir semester ketiga ini.


Tetapi disebabkan sayang gua pada anda semua tidak pernah luntur, gua cuba menulis secebis coretan yang tidak seberapa. Seperti semua maklum dalam 5orang jahat dan sorang budak baik (yang sorang ni gua la, dah la baik, hensem, kacak, jujur, semua sifat mahmudah ada), cuma yorke je ada gelaran 'mat' kat depan. Kenapa ada mat, sebab atuk gua dulu crita, orang zaman2 dulu sampai sekarang ekceli malas nak sebut nama panjang2, oleh sebab itu yang mohd@muhammad akan dipendekkan jadi mat@mamat. Tapi bukan itu yang menjadi isu di sini.


Sekarang baru masuk isi penting, macam karangan zaman sekolah, kena ada pendahuluan, baru masuk isi penting. Yang menjadi isu, cuba anda letak panggilan mat kat kata penghadapan nama budak ekstensial lain. Ok, kita try ngan ketong la, mungkin akan jadi mat ketong, mat tong. Bapak xbest. Jijo jadi mat jo, tu boleh trima lagi. Kalo kema, takkan la nak jadi mat ma. Dah macam nama bahan kimia dah jadi nya.


Kalo anda dah baca perenggan di atas, sila abaikan. Sebab penulisan tu mempunyai gaya yang amat buruk. Dah macam orang gila menulis. Tapi gua rasa banyak entri yang ada dalam blog ni bukan berisi sangat. Cuma tulisan2 budak tahun akhir yang tak tau nak buat apa di kala masa terluang. Tapi gua rasa bangga la ngan budak ekstensial, boleh mengeja lagi rupanya budak2 ni. Untuk yang dah jadi follower tu jutaan penghargaan gua sampaikan kerana anda sudi membaca coretan2 kami. Yang belum jadi, ingat2kan otak supaya tidak lupa untuk meringan2kan jari untuk klik di ruang follower untuk anda menjadi pengikut blog ini. Tak kena bayar pun, saje nak erat2kan lagi hubungan sesama kita.


Sebagai penutup, yang baik itu datang dari si Pencipta, yang buruk itu datang dari diri gua yang hina, hakikatnya kedua2 datang dariNya. Renung2kan dan selamat bermukah. Peace yuolss. :-)

tangan ke semak..mate kt bibir..~

ape kene tajuk cmni..?..kn..sje wt korg nk gali korek lg ape cite ni..hahaha..

p/s : to nor..curious..??

zaman dahulunye..mase lower form la krenye..pg skolah kene ensem der..~rambut kene melekat je..seurat naik..kalut la lari g kt cermin kooperasi..sbb cermin tu tinted..bleh wt bersolek..haha..tp bdk pmpuan mst la lg teruk kn..nk msuk toilet pn kene beratur..hahaha..pnuh kt cermin sink..merekah2 da cermin tu di tilik dorang..haha

ceritenye..ade 2 sahabat baik (ak n kwn)..pg skolah kayuh basikal..dorg umah dkt2 je..so pg n blik saing sme2..satu ari basikal kwn ni wt perangai..ape ke rosaknye ntah..so gua la kne jemput tuh die kt umah..

basikal ak xde tmpt carry kt blakang..xmacho ar ade bnd tu..cm pmpuan kot..!so judin kene la duduk kt palang tgh basikal..pg ok je..selit2 cm mat rempit wo0..~bwak laju2..sorang control handle..sorang lg kayuh..(nk dduk slese ak rela kayuh..haha)

otw blik dr skolah..penampilan ttp kemas..rmbut mst x terusik pn..muke mst nmpk segar je..maintain mcm dr pg..haha..around tgahri yg pnas terik kt jln JKR, pasir mas, kelantan..gua kayuh ngn gaye santai je..

smpai satu slekoh yg pnjng..tepi selekoh tu..ade longkang..agak2 besar die 2 meter kot..sbbkn xpenah ade org cuci area longkang tu..semak kt tepi longkang tu da tinggi..besar..tebal..dh membiak2 dh..cpt je beranak..!

sbrang longkang tu ade umah teres yg didiami sorang awek yg shcweet je..putih gebu orgnye..
nk jdkn rezki der..ari tu..awek tu brdiri dpn pgar umah die..perghh..~lontar senyuman kt kteorg kot..ak pn ukir la senyum d bibir ckit..tp pndang skilas je..xperlu lme2..kne ltak mhal ckit..haha..pastu die senyum lg lebar..manis bak der..!gua ape lg trus la lmbai..n senyum..pastu..mate gua mula la kn.xlekang bertentangan dgnnye..haha..

skli basikal kteorg mkin ke tepi..ke tepi..pe kne mamat judin ni..??dh trus nk jerumus dlm longkang..skli gua jerit..lu pehal ni bai..!!bru gua tau..yg die pn xlekang tngok awek tu..gua xdak hal la xcontrol handle..mate bleh melilau..

dh skli dua2 jerumus dlm semak ngn basikal2 gua skli..!!tp ttp ade nsib baik..kteorg mlekat kt semak tu..kaki terapung2 je dlm longkang..bagus jgk sape xcuci semak ni..tp muke gua da pecah 14 ni..rmai sngt manusia lalu lalang jln tu sbb time blik skolah..

awek td ape lg..senyum manis die ilang..gelak cm jerangkung ade la..gua tngok lu..lu gelakkn kn gua lak..trus negatif saham kteorg..haha..kuar ngn pkaian putih sekolah berjalur ijau mcm askar pencen..

blik kene bebel lg ngn mak..sudahnye..mulai dr ari tu..awek tu sush nk timbul dpn pgar die lg..mayb rse brslah..haha..

LOL...pnjngnye cite..moralnye : lu org klu nk merempit ngn basikal ke moto ke..ltak terus awek kt blakang..sangkut trus kasi die tenggek..bru la xde nk toleh sane sini tngok awek lain..trus kene tarik leher lu org..bkn ape nk elakkan kemalangan..~hihihi

PREVENTION IS BETTER THAN CURE..SAYANGILAH YG TRSAYANG..

CINTA ITU BUTA (II)

Nur Liana. kisah seorang gadis lawa yang pernah aku paparkan dalam entri aku sebelum ini. lawakan? aku tau, bayangan wajahnya juga kini telah menjadi igauan korang semua, menjadi dambaan setiap insan yang menatapnya.

namun kisah aku dan dia tidak lama. biarlah kisah itu sekadar menjadi kenangan buat kami. kerana aku kini sudah tawar hati padanya. kenapa? ye, selain hobinya yang suka kentut dan mengorek hidung di tempat awam, sebab yang lain aku rasa korang sendiri pun tahu sebabnya.

namun bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. dan ya, hati aku juga telah berubah dengan begitu cepat. dalam beberapa hari sahaja aku telah menjumpai pujaan hati yang baru, pengganti si dia yang tidak beradab itu. bukan satu, bukan dua, tapi tiga. dan mungkin kali ini, antara mereka, aku akan menemui cinta sejati aku.

tapi sekali lagi aku dalam dilema. siapa yang perlu aku usha terlebih dahulu? adakah..

a) Adini
b) Miasarah
c) Humaira

tolonglah aku wahai teman-teman yang setia. jangan risau. mereka cantik. serius, tidak tipu!

Saturday, April 10, 2010

TAK menjadi..~

cite dh lame sbnrnye..tp ini la kali pertame ekstensial xpat msuk final round untuk exploreRC..ape kene xtau la..mayb :

- mlm tu kteorg main poker smpai subuh
- tdo lwt lpak
- ke mapley smpai lwt mlm
- main game (dota or pes) smpai pg
- chat smpai pg (ak la bsenye)

tp yg pastinye..30minit b4 kteorg g prelim untk ke final round barulah kteorg bangun tdo..good morning la krenye dat time..huahua..dlm kul 2.30 ptg..haha

mungkin itu puncanya minda kteorg xaktif nk wt IQ test..bsenye..stakat IQ-IQ test ni..ekstensial setelkn ngn kacang je..small matters laa..haha..ekstensial xsemestinye IQ ikan emas ok..!!peringatan pada semua..

perancanga nk cabar UTP Power Challenge juga xleh..sbb event yg cncel..ekstensial xcuak langsung..dh prepare..bak kate kema..bereh..!!adu mace..!!haha

dan ekstensial akn menunggu cabaran dr next challenge..mayb liang mount..nk tawan dua2 puncak..nantikan..~

MENANTI BAGAI...

kegersangan menanti entri baru di Ekstensial Sial..bagai;

- menanti next episode siri big bang theory.
- menanti bila bilik karoke nak available.
- menanti untuk next weekend datang lagi.
- menanti call offer daripada company intern.
- menanti slot dota full.
- menanti bila lagi next test akan tiba.

ok, yang last tu tipu..

Thursday, April 8, 2010

HENSEM vs KACHAK

Haih, sape la yang rajin sangat buat poll sape lebih kacak tu. Penting sangat ke kachak dan hensem tu? Sampai budak2 rumah aku dah saling berbunuhan nak rebutkan gelaran yang tak seberapa sangat. Yang si pembuat taknak lak masuk bertanding skali. Ke hang takut kalah ngan kitorang.....


Takde maknanya kachak ke hensem ke, sume tu akan laput di telan zaman. Kalo xcaya tengok kema, dah berumur gigi makin takde, rambut makin botak, perut makin besar. Mana kema yang kachak, hensem serba cantik dulu.......


Perlu dimaklumkan di sini ye, yang punyai ramai awek itu tidak semestinya kacak. Sekali tengok bole la kita kategorikan sebagai kacak. Tapi bila da 2 3 kali tengok, da macam kawah nun jauh di bulan dah muka tu. Penuh dengan lekuk2 yang tidak diingini. Tu belum tengok time hari "pembedahan" separa professional lagi. Loya tekak kalo nak ingat balik......


Gelap tidak bermaksud tidak hensem. Kurang cerah bukan bererti tiada kekachakan dalam diri anda. Kalo dah muka macam pelakon korea ok la, cuma warna kulit sedikit berbeza. Menatang apa aku tulis xtau......


Sebelum melarat dek penyakit takleh tido sebelum subuh, aku akhiri entri ini dengan serangkap pantun.


Anak keli anak keloh,
Anak keloh anak keli,
Tok payoh la kito duk baloh,
Samo2 comey mari pakat seri.

Catatan di atas tiada kena mengena dengan mana2 individu, sama ada masih hidup, telah meninggal dunia atau sedang meninggal dunia.

Tuesday, April 6, 2010

Sunday, April 4, 2010

Sapo Sero Nok Mari Masuk Tera





Make bulih sebarang make
tapi kecek jange sebarang kecek
Kalu saloh make bulih kehek lagi
saloh kecek dop keno parang keno nimbuk
Dop pum bulih malu sajo2
Hok tu la oghe duk kato, lidoh ni lebih taje dari mato pede
Saloh kecek sket, bulih wat baloh wei




CINTA ITU BUTA

"AKU JATUH CINTA!"

ok, sila berhenti gelak. aku tau korang gelak dengan statement di atas. aku tau muka aku terlalu plastik untuk berbicara pasal cinta.

ni 3rd time aku jatuh cinta. aku pernah jatuh cinta sebanyak 2 kali sebelum ini tapi kedua-duanya tidak kesampaian. proposal aku direject mentah-mentah oleh mereka sebab kata mereka aku ni tidak mempunyai unsur romantik. aku hanya sesuai untuk dijadikan kawan sahaja.

sejak dari itu, aku bertekad untuk tidak mahu lagi mendekati mana-mana wanita kerana kejadian lampau itu telah membuatkan aku fobia untuk mencuba. tapi setelah bertahun lamanya aku bertahan, akhirnya aku kalah juga.

beberapa bulan lalu, aku telah berkenalan dengan seorang gadis dengan bantuan daripada seorang sahabat aku. tanpa disangka-sangka, gadis itu telah berjaya merobek ego yang telah aku bina selama beberapa tahun ini.

dia bukanlah seorang gadis yang seksi. dia bukanlah seorang gadis yang kaya. dia juga bukanlah secantik bidadari seperti teman wanita milik kamu-kamu semua. tapi aku tidak tahu kenapa aku boleh terpikat padanya.

NUR LIANA. ya, itulah namanya.

cantikkah dia? sesuaikah dia untuk aku? kamu nilailah sendiri.

Friday, April 2, 2010

IKLAN

Iklan Softener Downy:
"MAK BASUH TUALA SAYA HARI ISNIN TAPI HARI RABU SUDAH BERBAU. SELEPAS MENGGUNAKAN DOWNY ANTIBAKTERIA, TUALA SAYA HARUM SEPANJANG MINGGU. TERIMA KASIH DOWNY!"

Iklan Ekstensial Sial:
"MAK BASUH TUALA SAYA MASA BALIK CUTI SEM HARI TU. DAH SEBULAN SAYA GUNA, TAK PERNAH BASUH-BASUH LAGI. SIAP KONGSI DENGAN MEMBER-MEMBER PULAK TU. TAK DE BAU APA-APA PUN. TERIMA KASIH HIDUNG TERSUMBAT!"
Related Posts with Thumbnails