Alamak, terlebih sudah!

Saturday, April 17, 2010

CINTA ITU BUTA (III)

setelah mempertimbangkan segala pilihan yang ada, setelah mendengarkan pendapat sahabat-sahabat, kaum keluarga serta bekas-bekas kekasih, akhirnya aku tetapkan pendirian. aku pilih Humaira. (sila rujuk entri CINTA ITU BUTA (II))

dan ternyata pilihan aku tepat. Humaira juga rupa-rupanya memang menaruh perasaan terhadapku selama ini. aku gembira. lamaranku buat kali pertama itu diterima bulat-bulat tanpa perlu bersusah-susah. tak perlu untuk berkenalan dengan lebih dalam ke pegi 2nd stage interview ke apa kejadah semua. katanya biarlah kami mengenali diri masing-masing semasa dalam perhubungan saja.

dalam masa seminggu saja, hubungan kami sudah menjadi sangat rapat. serapat isi dengan kuku, serapat aur dengan tebing, serapat lalat dengan perangkapnya. hari tu aku beli perangkap lalat, banyak gila yang kena. padan muka. alamak, lari topik. maafkan aku.

sambung balik. kami memang begitu rapat, sedaya upaya mengenali hati budi masing-masing. katanya dia sangat sukakan cara aku yang berlemah lembut, tidak berkasar, bajet cute dan sebagainya. katanya itulah ciri-ciri lelaki idamannya selama ini. aku sangat bertuah kerana berjaya memenangi cintanya.

namun, hari yang aku sangkakan panas sampai ke petang rupanya panas sampai ke malam. giler bak. pasang kipas speed 5 pun tak rasa apa-apa. namun gerimis datang jua. aku perasan tingkah lakunya akhir-akhir ini sangat mencurigakan. perasaan sayang dia terhadap aku juga aku dapat rasakan sudah semakin berkurang.

adakah dia sudah tidak sukakan aku? adakah dia sudah mempunyai cinta hati yang lain? kalau betul la sangkaan aku, katakanlah dengan jujur. aku tidak rela ditipu sedemikian rupa.

dan ya, sangkaan aku benar. pada suatu hari, aku telah menerima satu SMS daripadanya.

"my dear. maafkan saya sebab terpaksa berterus-terang. sebenarnya saya sudah tawar hati dengan awak. dan saya juga telah menemui cinta baru saya."

aku tergamam. namun dengan muka rilek aku membalas SMS nya bagi menanyakan kenapa dia sanggup memperlakukan aku sedemikian rupa. apa salah aku? lalu dia menjawab..

"sebenarnya ini bukan salah awak. awak baik, lemah lembut, comel. tapi saya sudah menemui seorang lelaki yang lebih baik daripada awak. mungkin ini salah saya tapi bab hati dan perasaan ni kita tak boleh paksa. kan awak kan?"

ya, betul. aku memang tak boleh mempertikaikan lagi fakta itu. tapi aku tetap tak berpuas hati. aku nak tau jugak siapakah lelaki yang dia kata lebih baik daripada aku tu. aku minta dia perkenalkan pada aku. siapa nama dia? macam mana rupa dia?

"nama dia Tengku Iskandar Syah Putera."

perh, nama dia. kalau berdasarkan nama ni je, aku tau memang aku tak mampu kalahkan kelebihan lelaki tu untuk mendapatkan balik cinta Humaira. dia mesti seorang yang kaya, kacak, gagah perkasa. aku pasrah.

tiba-tiba handphone ku berbunyi.

1 MMS received

....loading....


"awak, ni la Iskandar yang saya cakapkan tu. maafkan saya, awak!"

ok, sekarang aku dah betul-betul pasrah. aku memang bukan tandingan dia. dia memang lagi lemah LEMBUT dan COMEL daripada aku, CONFIRM! semoga kau bahagia dengan si dia!

7 comments:

einahnutayiffus said...

hahah..sengal ohhh...

arima said...

seyes sengal!!

Arif Dzulkifli said...

aku rasa aku dah boleh stat wat novel ni..haha

Unknown said...

bebal

dkny said...

hahahaha oh iskandar syah

broreza said...

wahaha..carutan ko cm siut ah yok,ni lady gago neh

Imma Yusri said...

sengal story... cettt

Related Posts with Thumbnails