Alamak, terlebih sudah!

Wednesday, April 28, 2010

Bila mereka sudah bersuara

"Bukan kau sekali dengan si A ke? asal dia dah abis ko xabis lg?"

"Aku dengar Lan tu da dapat keje, kau bila nk abis stadi?"

"Rasanya da 5tahun kau kt UTP kn, asl lama sangat?"

"Eh, ad lagi kau kat sini, watpe, smbung master ke"


bila bunyi sumbang ini sudah berkumandang di telinga anda, maka sedari lah anda seorang budak eksten.

tapi jangan gelabah ye, jangan malu, jangan segan. tidak salah untuk sekadar merepeat 2 3 paper. sekurang2nya anda lebih berjaya dari yang sudah give up. setidak2nya anda masih di landasan yang betul.

saya rasa penyakit eksten ini boleh diwarisi. jika anda adalah salah seorang budak2 yang eksten maka bertanya lah kepada kedua ibu bapa sama ada mereka pernah repeat masa tadika ke, sekolah rendah, menengah, even universiti.

tapi ingin ditegaskan tolong jangan tnya mereka pasal matrikulasi. sebab anda bangang kalo mengajukan soalan tersebut. zaman2 mereka mana la ada matrik bagai ni. jangan buat gila.

saya bukan apa, sekadar ingin mengkaji sama ada benda ni boleh diwarisi ke tidak. dalam kes saya sendiri, ayah saya tak pernah eksten kot. tapi xtau la xsempat tanya, beliau dah tido lebih kurang 16 tahun dah. tapi kalau xsilap abang saya pernah eksten. mungkin saya mewarisi benda ni dari beliau.

apa nilai2 murni yang ingin diterapkan dalam entri ni adalah walaupun anda terlewat sedikit dari yang lain namun jangan risau. biar lambat asal habis. teruskan perjuangan.

sesungguhnya ramai lagi yang senasib dengan anda.


pesanan: sape tau macam mana nak add widget untuk nk play mp3 yang dimuat naik dari komputer sendiri? sila beri cadangan

No comments:

Related Posts with Thumbnails