Alamak, terlebih sudah!

Sunday, April 11, 2010

Barua

Sudah lama tidak berjumpa kalian di alam maya. Bukan sombong bukan bongkak juga bukan malas menulis, cuma gua xde masa. Buat apa sampai xde masa? itu biar gua dan pencipta je yang tau. Tolong jangan tanya ap yang membusykan diri gua. Gua cakap jangan, jangan lah. Hish tak paham2!!!


Yela2 gua cerita apa yang sibuk sangat. Yang kesatu, gua banyak membuat assignment seperti untuk subjek SOM gua. Banyak gila kot gua buat. Sampai rakan2 serumah pelik gila gua jadi rajin. Yang kedua, gua banyak kelas. Hari2 gua pergi kelas, kalo tak caya tanya makcik ALZAAR yang selalu tegur gua bila setiap pagi gua melangkah ke alam pembelajaran. Yang keempat, sebagai seorang pelajar well-rounded gua selalu pergi bersukan. Arakian pada sebelah malamnya waktu tido gua menjadi semakin awal seraya menyebabkan gua takde masa nak melayan sangat blog budak2 tahun akhir semester ketiga ini.


Tetapi disebabkan sayang gua pada anda semua tidak pernah luntur, gua cuba menulis secebis coretan yang tidak seberapa. Seperti semua maklum dalam 5orang jahat dan sorang budak baik (yang sorang ni gua la, dah la baik, hensem, kacak, jujur, semua sifat mahmudah ada), cuma yorke je ada gelaran 'mat' kat depan. Kenapa ada mat, sebab atuk gua dulu crita, orang zaman2 dulu sampai sekarang ekceli malas nak sebut nama panjang2, oleh sebab itu yang mohd@muhammad akan dipendekkan jadi mat@mamat. Tapi bukan itu yang menjadi isu di sini.


Sekarang baru masuk isi penting, macam karangan zaman sekolah, kena ada pendahuluan, baru masuk isi penting. Yang menjadi isu, cuba anda letak panggilan mat kat kata penghadapan nama budak ekstensial lain. Ok, kita try ngan ketong la, mungkin akan jadi mat ketong, mat tong. Bapak xbest. Jijo jadi mat jo, tu boleh trima lagi. Kalo kema, takkan la nak jadi mat ma. Dah macam nama bahan kimia dah jadi nya.


Kalo anda dah baca perenggan di atas, sila abaikan. Sebab penulisan tu mempunyai gaya yang amat buruk. Dah macam orang gila menulis. Tapi gua rasa banyak entri yang ada dalam blog ni bukan berisi sangat. Cuma tulisan2 budak tahun akhir yang tak tau nak buat apa di kala masa terluang. Tapi gua rasa bangga la ngan budak ekstensial, boleh mengeja lagi rupanya budak2 ni. Untuk yang dah jadi follower tu jutaan penghargaan gua sampaikan kerana anda sudi membaca coretan2 kami. Yang belum jadi, ingat2kan otak supaya tidak lupa untuk meringan2kan jari untuk klik di ruang follower untuk anda menjadi pengikut blog ini. Tak kena bayar pun, saje nak erat2kan lagi hubungan sesama kita.


Sebagai penutup, yang baik itu datang dari si Pencipta, yang buruk itu datang dari diri gua yang hina, hakikatnya kedua2 datang dariNya. Renung2kan dan selamat bermukah. Peace yuolss. :-)

3 comments:

Arif Dzulkifli said...

nota kaki1: ada sorg lagi yg pkai mat..azim..mark jean (mat jim)..kadang2!

nota kaki2: menurut kitab grammar loghat kelantan, mana-mana nama yang ingin diletakkan 'mat', 'mek' atau pun 'pok' didepannya, nama tersebut haruslah dipendekkan kepada 1 suku kata sahaja.

contoh:
khairul - mat yo
yahya - pok ya
sarimah - mek mah

epulupe said...

wahahahhaha...pehal tetibe bermukah n uolls kt hjg gedo???

GEDO said...

@epulupe
sebab ia ditulis pada waktu2 afdal bermukah dan sewaktu dengannya

Related Posts with Thumbnails